Posts

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang

"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apakah saya akan buat selepas ini setelah habis makan." Sebelum saya nak kongsikan apa yang perlu kita buat selepas makan, terlebih dahulu mahu ceritakan serba sedikit mengenai kisah saya yang telah berlaku di kala selepas habis. Seperti biasa, makan malam di kedai bersama rakan. Selesai sahaja pulang ke rumah terus ke dapur, lalu terbaur sesuatu yang sangat busuk rupa-rupanya ada lebihan ayam busuk di dalam tong sampah, terus saya termuntah semula. Berdasarkan kejadian di atas, apa yang kita boleh belajar? Tenang Selepas Makan Apa yang saya faham dan belajar daripada pengalaman ini ialah, sebaik sahaja kita habis makan, bertenanglah. Maksudnya rehatlah seketika bagilah peluang untuk makanan mencerna di dalam badan kita. Barulah kita boleh sambung kerja atau melalukan perkara yang perlu dilakukan. Dan sebaik-baiknya, elakkan selepas makan menghampiran tempat atau buat perkara yang boleh menyebabkan kita termuntah semula. Rumusan

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, bagaimana kita nak untung sebelum mula?" Mula-mula kita kena faham. Apa itu untung sebelum mula? Bagaimana kita boleh untung sedangkan belum mula lagi? Sebabnya mudah. Untung Sebelum Mula Berlaku apabila kita ambil keuntungan sebelum mula buat apa sekali. Contohnya, kita mula berbisnes dan telah menjana RM10,000 sebulan. Kebanyakkan akan tolak kos-kos terlebih dahulu dengan jumlah jualan kasar tadi. Barulah kita dapat keuntungan sebenar bukan? Tetapi itu kita kira kos sebelum mula. Bagaimana pula dengan cara untung sebelum mula? Jualan - Untung = Kos Apabila kita telah menjana jualan kasar maka langkah pertama ialah ambil sebahagian jumlah tadi dan dimasukkan ke dalam akaun untung. Maka dari situ barulah kita sebenar-benar untung sebelum mula. Berapa banyak kita nak ambil? Lagi banyak lagi bagus. Permulaan, 10% daripada jualan kasar. Selepas itu tingkatkan sedikit demi sedikit jika mampu, jika tidak mulak

ZBT SE 006: Mengenal Nilai

Pada entri yang lepas kita belajar tentang buat duit dan pada penghujung saya ada buat sambungan perihal mengenal nilai. Dan pada entri kali ini saya akan terangkan makna nilai sebenar-benar nilai. "Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya faham tentang nilai?" Nilai Ada 2 Nilai nyata. Nilai ghaib. Tangible and intangible . Nilai nyata ialah nilai yang kita boleh nampak, hidu, sentuh dan guna secara fizikal. Nilai ghaib ialah sesuatu yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar tetapi boleh rasa melalui emosi, hati dan perasaan serta fikir menggunakan minda. Kedua-duanya bernilai dan ada gunanya ynag tersendiri. Sekarang, apa kaitan nilai dengan buat duit? Orang yang Paling Kaya ialah Orang yang Banyak Menyelesaikan Masalah Orang Lain Kita lihat hari demi hari, setiap hari. Kita akan nampak orang yang terkaya memiliki sistem, syarikat yang terus berfungsi menyelesaikan masalah ramai orang tanpa pemiliknya di sisi. Sebagai contoh minyak

ZBT 005: Mengenal Buat Duit

"Ketahui apa yang saya tahu selama ini, macam mana nak buat buat duit?" Sebenarnya, soalan di atas adalah kurang tepat sebab? Duit secara logiknya setiap hari dicetak dan dicipta. Duit ada di mana-mana sahaja, cuma kita memilikinya secara banyak atau sedikit itu yang membezakan berduit ataupun tidak. Faham Bagaimana Duit Itu Sikit atau Banyak pada Diri Menentukan Macam Mana Nak Buat Duit Kenapa duit kita makin berkurangan? Kenapa duit kita makin bertambah? Ini soalan yang penting untuk kita faham dan jawab supaya kita nampak buat duit bukan masalah utama sebabnya: Jika kita keluarkan duit lagi banyak daripada masuk maka ia akan berkurangan. Jika kita keluarkan duit lagi sedikit daripada masuk masuk maka ia akan bertambah. Maksudnya? Tak kira berapa banyak duit yang kita buat, selagi kita guna lebih daripada apa yang kita buat selagi itu tidak akan mencukupi. Ia bukan sebab duit ia sebab kita keluarkan duit pada perkara yang tidak penting lagi perlu. K

ZBT 004: Pergerakkan = Pengalaman Bahagian 2

"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, bagaimana untuk mulakan pergerakkan walaupun rasa berat untuk mula?" Sebelum ini kita dah tahu, lagi banyak pergerakkan yang unik lagi berbeza kita lakukan maka lagi banyak pengalaman baru yang kita peroleh. Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mulakan ia? Sedangkan kita sudah terbiasa dan selesa dengan pergerakkan yang ada sekarang. Sudah senang lagi mudah untuk melakukan perkara yang biasa dilakukan. Caranya, Mulakan dari Kecil Kita tidak perlu tahu apakah 10 langkah kehadapan baru boleh mul bergerak. Sekadar tahu apakah langkah seterusnya sudah memadai. Bak kata Ramit Sethi: "Fokus kerja di tangan." Selagi kerja di tangan kita belum selesai, jangan difikirkan apa yang perlu buat selepas itu. Bila sudah selesai baru fikir langkah seterusnya dan seterusnya sehinggalah habis. Lihat dari belakang, lihat sejauh mana progres kita telah buat. Fokus untuk kembangkan apa yang ada di tangan. Tingka

ZBT 003: Pergerakkan = Pengalaman

"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya tahu tentang pergerakkan?" Bak kata pepatah bijaksana; "Jauh perjalanan, luas pengalaman." Apa maksudnya? Maksudnya, lagi banyak perjalanan yang kita jalan maka lagi banyak pengalaman yang kita perolehi bukan? Sekarang, kita gantikan perkataan perjalanan dengan perkataan yang semakna dengannya. Perjalanan = Pergerakkan = Lorong = Laluan Apa yang kita faham dengan perjalanan atau pergerakkan? Kita faham ia ada titik A dan titik B. Jika kita dari titik A dan pergi ke titik B maka kita sudah berjalan. Sudah bergerak bukan? Persoalannya sekarang, bagaimana kita nak pergi dari titik A dan tidak terhenti ke titik B sahaja. Bagaimana kita nak banyak bergerak sedangkan ada sesetengah tidak mampu untuk pergi perjalanan yang jauh? Dengan melakukan perjalanan yang berbeza tetapi dekat. Kadangkan kala, kita sudah terbiasa pergi kerja ikut jalan yang sama. Makan makanan yang sama. Tidur di waktu yang sama. Pakai pakaian yan

ZBT 002: Mengenal Konsistensi

Image
"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya tahu perihal konsistensi?" Konsisten = Sikap. Ia susah untuk diubah dan susah untuk dibina. Apabila ia terbentuk maka konsistensi akan berlaku. Ibarat bekerja, pada mulanya bukan senang nak bangun awal. Nak bersiap sedia pergi kerja. Nak hadapi sesak lalu lintas lagi. Namun lama-kelamaan ia semakin mudah, semakin mudah dan semakin mudah. Sehinggalah sesampai satu masa, apabila sudah bersara masih bangun awal pagi dan bersiap untuk bekerja sesampai depan pintu rumah baru tersedar sudah bersara. Kenapa ia berlaku? Sebab ia sudah terbiasa. Apa yang dibina boleh dimusnahkan, apa yang terbentuk boleh diubahkan. Bagaimana Sikap Terbentuk? Majoriti tahu apa selalu dilakukan lama-kelamaan akan menjadi sikap. Tetapi apakah pecahan sikap itu? Mengenal B=MAT B = M A T Merupakan pecahan bagaimana sikap kita boleh terbentuk yang dicipta oleh Dr. BJ Fogg . B = Behavior / Tingkah laku atau sikap.