ZBT 002: Mengenal Konsistensi


"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya tahu perihal konsistensi?"

Konsisten = Sikap.

Ia susah untuk diubah dan susah untuk dibina.

Apabila ia terbentuk maka konsistensi akan berlaku.

Ibarat bekerja, pada mulanya bukan senang nak bangun awal.

Nak bersiap sedia pergi kerja.

Nak hadapi sesak lalu lintas lagi.

Namun lama-kelamaan ia semakin mudah, semakin mudah dan semakin mudah.

Sehinggalah sesampai satu masa, apabila sudah bersara masih bangun awal pagi dan bersiap untuk bekerja sesampai depan pintu rumah baru tersedar sudah bersara.

Kenapa ia berlaku?

Sebab ia sudah terbiasa.

Apa yang dibina boleh dimusnahkan, apa yang terbentuk boleh diubahkan.

Bagaimana Sikap Terbentuk?

Majoriti tahu apa selalu dilakukan lama-kelamaan akan menjadi sikap.

Tetapi apakah pecahan sikap itu?

Mengenal B=MAT

B = M A T

Merupakan pecahan bagaimana sikap kita boleh terbentuk yang dicipta oleh Dr. BJ Fogg.


B = Behavior / Tingkah laku atau sikap.

=

M = Motivation / Motivasi atau sebab kenapa melakukan sesuatu.

A = Ability / Kemampuan diri serta kemudahan

T = Trigger / Atau dalam bahasa lain dipanggil anchor yakni pencetus yang menyebabkan sesuatu tindakan itu berlaku.

Sebagai contoh untuk mudah faham.

Trigger: Apabila kita dengar jam loceng di kala waktu pagi.

Ability: Maka kita bangun pagi bersiap sedia untuk pergi kerja.

Motivation: Untuk mendapatkan gaji di kala hujung bulan.

Kenapa Kita Buat Apa yang Kita Buat?

Kebanyakkan masa, sebab ada trigger yang menyebabkan tindakan itu berlaku.

Ada orang bila tertekan, makan.

Ada orang bila lepas makan, merokok.

Ada orang bila habis solat, mengaji.

Ada orang bila dengar lagu, teringat kisah cinta lalu.

Dan ada orang bila tertendar perkataan tertentu boleh membunuh orang.

Ya, trigger(anchor) sangat berkuasa. Ia boleh membina atau memusnahkan diri. Jadi gunakan ia sebaik mungkin.

Tetapi ingat, apa yang terbentuk boleh diubah bentuknya.

Apa tabiat yang dibina oleh trigger yang tertentu boleh diubah tindakannya.

Mungkin dulu tertekan, makan. Tetapi sekarang bila tertekan, menyanyi.

Mungkin dulu nampak orang yang cantik/hensem jadi tak keruan. Tetapi sekarang dah kahwin jadi biasa.

Trigger yang sama = Tindakan yang berbeza.

Atau,

Trigger yang berbeza = TIndakan yang sama.

Trigger boleh dicipta sama ada dengan:
+ Menggunakan visual / Persekitaran atau lihat sesuatu objek atau gambar.
+ Menggunakn audio / Mendengar perkataan atau lagu tertentu.
+ Menggunakan kinesthetic / Sentuhan atau pergerakkan.

Ia boleh secara nyata atau ghaib.

Selagi ada sesuatu, maka tindakan boleh berlaku.

Berapa Lama Masa Ia Diambil untuk Menjadi Kebiasaan

Berbalik kepada jenis sikap yang kita bina.

Jika sikap itu memerlukan perubahan yang besar. Maka lagi lama masa yang diambil.

Jika sikap itu sudah lama dibina, maka ambil masa yang lama untuk dibentuk menjadi lain.

Jika kecil seperti letak kunci dalam laci, maka beberapa pengulangan sudah mencukupi.

Jika tidak, secara purata ambil masa 66 hari untuk membentuk sikap tahap yang biasa.

Konsisten Sebenar-Benar Konsisten

Jadi, bagaimana nak jadi konsisten dalam melakukan sesuatu?

Reka tindakan akan datang.

Kenal-pasti trigger yang mahu kita gunakan.

Sambung dengan ability yang kita mahu buat.

Untuk dapatkan reward yang bakal diperoleh bila buat tindakan tersebut.

Dan paling penting tambah bila dan di mana kita mahu buat tindakan tersebut buat permulaan.

Supaya bila sudah terbiasa, maka tidak perlu lagi bila dan di mana.

Hanya perlu trigger maka semuanya menjadi mudah.

Buat adalah sebenar-benar tak buat.

Comments

Popular posts from this blog

ZBT 005: Mengenal Buat Duit

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang