ZBT 004: Pergerakkan = Pengalaman Bahagian 2

"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, bagaimana untuk mulakan pergerakkan walaupun rasa berat untuk mula?"

Sebelum ini kita dah tahu, lagi banyak pergerakkan yang unik lagi berbeza kita lakukan maka lagi banyak pengalaman baru yang kita peroleh.

Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mulakan ia?

Sedangkan kita sudah terbiasa dan selesa dengan pergerakkan yang ada sekarang.

Sudah senang lagi mudah untuk melakukan perkara yang biasa dilakukan.

Caranya,

Mulakan dari Kecil

Kita tidak perlu tahu apakah 10 langkah kehadapan baru boleh mul bergerak.

Sekadar tahu apakah langkah seterusnya sudah memadai.

Bak kata Ramit Sethi:

"Fokus kerja di tangan."

Selagi kerja di tangan kita belum selesai, jangan difikirkan apa yang perlu buat selepas itu.

Bila sudah selesai baru fikir langkah seterusnya dan seterusnya sehinggalah habis.

Lihat dari belakang, lihat sejauh mana progres kita telah buat.

Fokus untuk kembangkan apa yang ada di tangan.

Tingkatkan peringkat demi peringkat.

Lama kelamaan ia menjadi besar lagi gergasi.

Ketika itu barulah kita sudah rupa-rupanya sudah jauh perjalanan yang kita telah lalui tanpa kita sedar selama ini.

Kerja dari Belakang


Dalam bahasa Mat Saleh ia dipanggil reverse engineering.

Dipermudahkan tahu ke mana kita mahu pergi dan pecahkan peringkat demi peringkat dan dalam setiap peringkat kita pecahkan lagi demi sub-peringkat.

Contoh mudah:

Kita mahu tulis buku setebal 300 muka surat dalam masa setahun.

Maka kita percahkan ikut bulan iaitu 25 muka surat sebulan.

Dan pecahkan lagi ikut hari iaitu 0.83 muka surat sehari.

Nampak?

Kerja yang pada awalnya kelihatan seperti susah lagi payah untuk dilakukan bila ia dipecahkan jadi kecil maka mudah untuk dibuat.

Kejayaan Sebenar Terletak Pada Bagaimana Kita Mengurus Kegagalan


Sebelum saya terangkan ayat di atas, saya mahu anda faham seperkara ini dahulu supaya tidak keliru.

Kejayaan mahupun kegagalan sebenarnya tidak wujud. Hanya minda membuatkan ia wujud.

Dalam realiti tiada apapun yang berlaku sebenarnya.

Sebab ia adalah makna tersebut berbeza bagi setuap individu.

Apa yang gagal bagi sesetengah orang, berjaya bagi yang lain.

Apa yang berjaya bagi sesetengah orang, gagal bagi yang lain.

Jadi, apa yang dimaksudkan saya perihal kejayaan sebenar terletak pada bagaimana kita menguruskan kegagalan?

Maksudnya dalam setiap perjalan, pasti ada liku-liku yang harus kita lalui.

Tidak semestinya jalan yang kita lalui itu lurus, pasti ada beloknya, pasti ada halangannya.

Bagaimana kita tindak balas atas halangan tersebut menentukan siapa diri kita.

Dan setiap halangan, cabaran atau sesetengah orang panggil 'ujian' sebenarnya ada tujuannya yakni hikmahnya sendiri.

Selagi tujuannya tidak tercapai, selagi makna sebenar-benar makna tidak difahami lagi tidak menerima selagi itulah kita akan sangkut pada tempat yang sama.

Dah tahu pada papan tanda suruh belok ke kiri jangan pula gatal tangan belok ke kenan.

Bila tersilap jalan pada ketika itu kita mula sesat merebat dalam pusingan yang sama.

Sebab kita tidak mahu menerima mesej yang disampaikan.

Sebab kita tidak mahu dengar sebenar-benar mendengar.

Melainkan kita terima sebenar-benar terima di mana kita sekarang, barulah kita akan bergera ke peringkat seterusnya.

Menerima Sebenar-Benar Menerima


Belajar terima segala-gala yang berlaku dalam hidup kita.

Maafkan diri ini, sayangi diri ini.

Terima di mana kita sekarang.

Terima kekurangkan serta kelebihan diri.

Maka pada saat itu, kita mula sedar. Di manakah sebenarnya diri kita yang sebenar-benarnya.

Barulah kabus tebal mula beredar meninggal diri.

Sekarang barulah kita dapat lihat sebenar-benar melihat dengan sejelasya.

"Selagi kita tidak terima di mana kita sekarang, selagi itulah kita tidak akan maju ke hadapan."

Comments

Popular posts from this blog

ZBT 005: Mengenal Buat Duit

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang