ZBT 003: Pergerakkan = Pengalaman

"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya tahu tentang pergerakkan?"

Bak kata pepatah bijaksana;

"Jauh perjalanan, luas pengalaman."

Apa maksudnya?

Maksudnya, lagi banyak perjalanan yang kita jalan maka lagi banyak pengalaman yang kita perolehi bukan?

Sekarang, kita gantikan perkataan perjalanan dengan perkataan yang semakna dengannya.

Perjalanan = Pergerakkan = Lorong = Laluan

Apa yang kita faham dengan perjalanan atau pergerakkan?

Kita faham ia ada titik A dan titik B.

Jika kita dari titik A dan pergi ke titik B maka kita sudah berjalan.

Sudah bergerak bukan?

Persoalannya sekarang, bagaimana kita nak pergi dari titik A dan tidak terhenti ke titik B sahaja.

Bagaimana kita nak banyak bergerak sedangkan ada sesetengah tidak mampu untuk pergi perjalanan yang jauh?

Dengan melakukan perjalanan yang berbeza tetapi dekat.

Kadangkan kala, kita sudah terbiasa pergi kerja ikut jalan yang sama.

Makan makanan yang sama.

Tidur di waktu yang sama.

Pakai pakaian yang sama.

Andai kata kita buat perkara yang berbeza?

Jalan pergi kerja yang berbeza.

Makan makanan yang berbeza.

Tidur di waktu yang berbeza.

Pakai pakaian yang berbeza.

Adakah kita akan peroleh pengalaman yang berbeza?

Sudah tentu bukan.

Jadi, ia tidak semestinya pindah ke tempat baru untuk merasai pengalaman baru.

Di tempat yang sama juga boleh, asalkan tindakan kita berbeza daripada yang sebelumnya.

Megenal Hijrah

Tetapi bagaimana pula kita mahu perubahan yang drastik.

Perubahan ketara, cepat lagi lain daripada yang lain?

Dengan berpindah.

Percaya atau tidak, bila kita menetap di sesuatu tempat terlalu lama, maka kita akan berasa selesa.

Sekiranya keselesaan tersebut membuatkan diri kita semakin maju, maka teruskan.

Jika tidak, pilihlah hijrah.

Berdasarkan apa yang saya belajar, perubahan bermula daripada dalam yakni diri kita sendiri. Memang betul.

Tetapi, andai persekitaran tidak menyokong perubahan yang dikehendaki diri maka ia tidak berpanjangan.

Kita tidak boleh lawan.

Ia mesti selari.

Bila selari maka perubahan jadi kuasa dua. Ia berganda dan lagi cepat dan mudah untuk berubah.

"Kejayaan sebenar bukan terletak pada apa yang kita ada tetapi siapa yang kita jadi."

Comments

Popular posts from this blog

ZBT 005: Mengenal Buat Duit

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang