ZBT 005: Mengenal Buat Duit

"Ketahui apa yang saya tahu selama ini, macam mana nak buat buat duit?"

Sebenarnya, soalan di atas adalah kurang tepat sebab?

Duit secara logiknya setiap hari dicetak dan dicipta.

Duit ada di mana-mana sahaja, cuma kita memilikinya secara banyak atau sedikit itu yang membezakan berduit ataupun tidak.

Faham Bagaimana Duit Itu Sikit atau Banyak pada Diri Menentukan Macam Mana Nak Buat Duit

Kenapa duit kita makin berkurangan? Kenapa duit kita makin bertambah?

Ini soalan yang penting untuk kita faham dan jawab supaya kita nampak buat duit bukan masalah utama sebabnya:

Jika kita keluarkan duit lagi banyak daripada masuk maka ia akan berkurangan.

Jika kita keluarkan duit lagi sedikit daripada masuk masuk maka ia akan bertambah.

Maksudnya?

Tak kira berapa banyak duit yang kita buat, selagi kita guna lebih daripada apa yang kita buat selagi itu tidak akan mencukupi.

Ia bukan sebab duit ia sebab kita keluarkan duit pada perkara yang tidak penting lagi perlu.

Kita kena faham orang kaya makin kaya sebab dia guna sedikit daripada apa yang dia buat.

Orang miskin semakin miskin sebab dia guna lebih daripada apa yang dia buat.

Dan...

...kenapa orang kaya bertambah kaya, miskin bertambah miskin sebab:

Orang kaya: Tambah sebelum tolak.
Orang miskin: Tolak sebelum tambah.

Apa maksudnya?

Tambah sebelum tolak bermaksud kita gandakan duit sedia ada sebelum guna sebelum membeli sesuatu.

Tolak sebelum tambah bermaksud guna atau beli sesuatu sebelum tambahkan duit sedia ada.

Sekarang, bagaimana kita nak tambah sebelum tolak?

Cara Paling Mudah untuk Buat Duit ialah...


Menyimpan!

Ini paling asas dan ramai orang tahu tapi tak buat.

Ini masalahnya, tahu tapi tak buat.

Kenapa menyimpan boleh menyebabkan kita jadi kaya semakin kaya?

Sebab dengan menyimpan duit kita bertambah hari demi hari.

Kalau kita tambah lagi banyak dan secara konsisten semua orang tahu apa yang berlaku, kita semua akan jadi kaya suatu hari nanti tapi ramai yang tak buat.

Jangan harapkan simpanan terpaksa (KWSP atau sebagainya) tetapi bina simpanan kita sendiri.

Tak kiralah dalam bentuk apa sekali pun.

Asalkan nilainya semakin meningkat hari demi hari.

Duit Datang Sebab...


Kita ada sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan dengan duit.

Itu sahaja.

Lagi bernilai apa yang kita ada tak kiranya dari segi kemahiran atau kepakaran, barang yang kita jual, atau apa sahaja yang bernilai pada diri selagi itu duit akan datang dekat kita.

Kita lihat begini: Pernah tak kita membeli sesuatu?

Jika pernah maka kita telah tukarkan duit dengan sesuatu yang bernilai walaupun nilainya gula-gula 10 sen.

Selagi ia ada nilai maka duit akan datang.

Selagi tak ada nilai selagi itulah duit tak akan datang.

Kadang-kadang saya pelik mahu hidup kaya raya tetapi pernahkah kita fikir adakah diri kita layak untuk jadi orang yang sedemikian?

Ibarat kita nak duit sejuta tetapi tidak mahu bekerja, tidak mahu menyimpan, tidak mahu merancang dengan teliti, tidak mahu belajar ilmu kewangan, tidak mahu guna ilmu tersebut dan bila tidak dapat salahkan Tuhan?

Dalam bahasa lain:

Macam mana kita nak ambil air sejuta liter sedangkan kita cuma ada bekas seliter?

Mula dari Sekarang


Ini senarai apa yang perlu dibuat jika anda mahu hidup kaya-raya, jika tak nak jangan buat:
  1. Wajib simpan 10%, 20%, 30% sehingga 90% (jika mampu) pendatan setiap bulan, lagi banyak kita simpan lagi kaya kita jadi.
  2. Guna duit kurang daripada apa yang kita dapat.
  3. Tambah ilmu kewangan setiap hari tanpa henti, bila stop duit pun akan stop bertambah.
  4. Jadi orang yang bernilai dengan selesaikan masalah yang lebih susah, lebih mahal, lebih tinggi permintaan.
  5. Bekerja demi masa hadapan. Lihat 10-20-30 tahun kehadapan.
  6. Buat duit bukan untuk diri sendiri tetapi untuk bina paip wang supaya tidak perlu tukar masa dengan duit.
  7. Paling penting, bina dan beli aset yang nilainya semakin meningkat hari demi hari.

Mengenal Nilai

...akan bersambung pada ZBT 006 edisi istimewa.

Comments

Popular posts from this blog

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang