ZBT 007: Untung Sebelum Mula
"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, bagaimana kita nak untung sebelum mula?"
Mula-mula kita kena faham.
Apa itu untung sebelum mula? Bagaimana kita boleh untung sedangkan belum mula lagi?
Sebabnya mudah.
Untung Sebelum Mula
Berlaku apabila kita ambil keuntungan sebelum mula buat apa sekali.Contohnya, kita mula berbisnes dan telah menjana RM10,000 sebulan.
Kebanyakkan akan tolak kos-kos terlebih dahulu dengan jumlah jualan kasar tadi.
Barulah kita dapat keuntungan sebenar bukan?
Tetapi itu kita kira kos sebelum mula.
Bagaimana pula dengan cara untung sebelum mula?
Jualan - Untung = Kos
Apabila kita telah menjana jualan kasar maka langkah pertama ialah ambil sebahagian jumlah tadi dan dimasukkan ke dalam akaun untung.
Maka dari situ barulah kita sebenar-benar untung sebelum mula.
Berapa banyak kita nak ambil? Lagi banyak lagi bagus.
Permulaan, 10% daripada jualan kasar.
Selepas itu tingkatkan sedikit demi sedikit jika mampu, jika tidak mulakan yang mana mampu walaupun 1% sekalipun.
Untung Sebelum Mula, Menang Sebelum Mula
"The battle is won before it's begin."
Sesuatu perlawanan, permainan, pertandingan atau perniagaan itu menang dan untung sebelum mula apabila kita telah sampai sebenar-benar sampai.
Hanya menunggu masa.
Bagaimana ia boleh berlaku?
"The more you sweat, the less you bleed."
Persedian rapi yang menentukan sesuatu itu menang atau kalah.
Oleh kerana...
Kemenangan Sebenar Terletak Pada
Berapa banyak masa, usaha dan tenaga kita habiskan untuk capai kemenangan tersebut.Lagi banyak maka lagi dekat.
Siapa yang bersedia dialah juara.
Tanpa persediaan dan kapasiti secukupnya mustahil untuk dapat lebih daripada kemampuan yang ada.
Walaupun bangunan tinggi melangit tetap akan runtuh sebab terbina daripada asas yang rapuh.
Membina Asas yang Kukuh
Dialah yang terawal maka dialah yang terakhir.Sebagaimana ia bermula begitu jugalah ia berakhir.
Jika bermula dengan persediaan rapi lagi kemas, maka pengakhirannya juga begitu.
Jika tidak, ia diakhiri secara tiba-tiba tidak diduga lagi tidak disangkakan.
Asas yang kukuh terletak pada bersedia di hari kejatuhan serta kemakmuran.
Apabila kita jatuh ingatlah ia sementara, hanya menunggu masa sebelum kemakmuran menyinari kehidupan.
Apabila kita makmur ingatlah ia juga sementara, hanya menunggu masa sebelum hujan lebat datang membasahi bumi.
Hujan dan panas saling berganti.
Siapa yang bersedia dialah juara.
Siapa yang simpan di hari senang maka dialah juara.
Siapa yang bersabar di hari susah maka dialah juara.
Setiap hujan lebat pasti diganti pelangi menyinari bumi ini.
Setiap pelangi yang berwarna warni pastu membawa hujan yang akan membasahi bumi.
Siapa yang dan tambah sebelum tolak, simpan sebelum guna maka dialah yang menjadi makmur tidak kira waktu.
Ia bukan berapa banyak yang kita jana tetapi berapa banyak yang kita simpan lagi tambah.
"Tambah sebelum tolak, simpan sebelum guna, untung sebelum mula."
Comments
Post a Comment