Tentang

Mengenai Jurnal Pemikiran Sifar

Jurnal pemikiran sifar adalah sebuah jurnal untuk merekod segala pengatahuan serta pengalaman yang ada di dalam diri ini supaya apabila berada di tempat atau situasi yang sama telah tahu apa yang mahu dipilih serta dilakukan.

Dalam bahasa mudah, tujuan jurnal ini dicipta adalah untuk membantu diri jadi lebih efektif.

Sejarah Pemikiran Sifar

Pemikiran sifar atau dalam bahasa ibundanya sendiri dipanggil Zero-Based Thinking yang telah dipopularkan oleh Tuan Guru Brian Tracy.

Zero-Based Thinking dicipta untuk membantu kita mengurangkan kesilapan dan kesalahan sementara meningkatkan keberhasilan serta kebersanan kita untuk melakukan sesuatu.

Cara untuk menggunakan Zero-Based Thinking adalah dengan menyakan soalan ini kepada diri:
  • Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya akan buat.
Dengan apa yang kita ketahui selama ini, apa yang akan kita buat bila berada di situasi yang sama?

Adakah kita akan buat perkara yang sama seperti sebelum ini atau akan membuat keputusan dan tindakan berbeza? Supaya dapat hasil yang berbeza?

Itulah kegunaannya.

Sedikit Tetapi Berterusan

Bila kita guna sehari, adakah ia ada perbezaan dalam hidup kita?

Bila guna seminggu, adakah ia ada perbezaan dalam hidup kita?

Bila guna setahun, adakah ia ada perbezaan dalam hidup kita?

Jika, 5 tahun? 7 tahun? 10 tahun? 30 tahun?

Adakah ia ada perbezaan yang ketara dalam hidup kita selepas 30 tahun menggunakan Zero-Based Thinking ini?

Sudah pasti berbeza bukan?

Sebab itu kita perlu mulakan sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

ZBT 005: Mengenal Buat Duit

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang