ZBT 001: Mengenal Tujuan

Ketahui apa yang saya tahu selama ini, bagaimana untuk memulakan sesuatu dengan lebih efektif?

Selama saya hidup, cara paling mudah dan cepat untuk memulakan sesuatu dengan lebih efektif ialah dengan kenal-pasti apa yang kita mahukan.

Itu sahaja.

Al-Kisah Bagaimana Saya Capai Closing Rate Hampir 100%

Pada masa saya sekolah menengah, sempat juga buat bisnes online iaitu bisnes yang berasaskan servis buat blog kepada peniaga online.

Majoriti klien saya datang daripada carian google > blog > facebook personal saya.

Dan boleh dikatakan hampir semua klien yang tanya saya di FB close 100%.

Mustahil? Sebenarnya tidak.

Sebabnya ada banyak faktor tetapi ini apa saya perhatikan yang memberi sumbangan tersebar closing rate tinggi iaitu:
  1. Klien ada masalah dan sedang mencari penyelesaian.
  2. Jumpa solusi di blog saya.
  3. Klien cuba solusi di blog saya lantas dapat hasil yang dimahukan.
  4. Mahu lebih lagi maka hubungi saya di FB.
  5. Dan masa di PM FB saya cuma tanya satu soalan ini sahaja menyumbang hampir100% closing.
  6. Soalannya: Apa Tuan/Cik Puan nak?
Itu sahaja. Kelihatan seperti soalan biasa-biasa tetapi itulah rahsianya.

Tiada rahsia lain.

Kalau kita boleh bantu orang lain dapatkan apa yang dia mahukan.

Dengan mudah, cepat lagi tidak merugikan.

Maka apa sahaja harganya sanggup dia sanggup.

 Utamakan yang Utama

Namun kadang-kala kita tertanggu dengan perkara-perkara yang tidak digunakan.

Lantas terlupa tujuan utama.

Bagaimana kita nak kembali mengekalkan perkara utama sebagai keutamaan dalam hidup kita supaya dapat apa yang dihajati?

Cara paling mudah, banyak berkata tidak pada perkara-perkara yang tidak membantu kita capai apa yang kita mahukan.

Sakit memang sakit, tetapi lebih sakit apabila tidak capai apa yang dihajati selama ini. Masa di dunia hanya sementara. Jika tidak digunakan sebaiknya diri sendiri yang akan rugi serta menyelesal tak sudah dikemudian hari.

Melainkan gangguan itu membantu kita capai matlamat yang ditetapkan dengan lebih cepat, mudah lagi murah. Itu satu peluang yang harus direbut.

Jika tidak, berkata tidak.

Apa yang penting ikut sahaja jalan yang telah ditetapkan.

Apa yang utama adalah mengekalkan perkara utama sebagai keutamaan.

Comments

Popular posts from this blog

ZBT 005: Mengenal Buat Duit

ZBT 007: Untung Sebelum Mula

ZBT 008: Tenang Selepas Kenyang