Posts

Showing posts from January, 2018

ZBT 002: Mengenal Konsistensi

Image
"Ketahui apa yang saya tahu sekarang, apa yang saya tahu perihal konsistensi?" Konsisten = Sikap. Ia susah untuk diubah dan susah untuk dibina. Apabila ia terbentuk maka konsistensi akan berlaku. Ibarat bekerja, pada mulanya bukan senang nak bangun awal. Nak bersiap sedia pergi kerja. Nak hadapi sesak lalu lintas lagi. Namun lama-kelamaan ia semakin mudah, semakin mudah dan semakin mudah. Sehinggalah sesampai satu masa, apabila sudah bersara masih bangun awal pagi dan bersiap untuk bekerja sesampai depan pintu rumah baru tersedar sudah bersara. Kenapa ia berlaku? Sebab ia sudah terbiasa. Apa yang dibina boleh dimusnahkan, apa yang terbentuk boleh diubahkan. Bagaimana Sikap Terbentuk? Majoriti tahu apa selalu dilakukan lama-kelamaan akan menjadi sikap. Tetapi apakah pecahan sikap itu? Mengenal B=MAT B = M A T Merupakan pecahan bagaimana sikap kita boleh terbentuk yang dicipta oleh Dr. BJ Fogg . B = Behavior / Tingkah laku atau sikap. ...

ZBT 001: Mengenal Tujuan

Ketahui apa yang saya tahu selama ini, bagaimana untuk memulakan sesuatu dengan lebih efektif? Selama saya hidup, cara paling mudah dan cepat untuk memulakan sesuatu dengan lebih efektif ialah dengan kenal-pasti apa yang kita mahukan . Itu sahaja. Al-Kisah Bagaimana Saya Capai Closing Rate Hampir 100% Pada masa saya sekolah menengah, sempat juga buat bisnes online iaitu bisnes yang berasaskan servis buat blog kepada peniaga online. Majoriti klien saya datang daripada carian google > blog > facebook personal saya. Dan boleh dikatakan hampir semua klien yang tanya saya di FB close 100%. Mustahil? Sebenarnya tidak. Sebabnya ada banyak faktor tetapi ini apa saya perhatikan yang memberi sumbangan tersebar closing rate tinggi iaitu: Klien ada masalah dan sedang mencari penyelesaian. Jumpa solusi di blog saya. Klien cuba solusi di blog saya lantas dapat hasil yang dimahukan. Mahu lebih lagi maka hubungi saya di FB. Dan masa di PM FB saya cuma tanya satu soalan i...